Sabtu, 15 Maret 2014
Suspek bunuh anak direman
.jpg)
PETALING JAYA - Pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes kematian anak mereka di Sri Manja Square1, PJS 3, di sini, direman bermula semalam sehingga 24 September depan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek masing-masing berumur antara 30 dan 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Sementara itu dalam perkembangan lain, mayat kanak-kanak malang berkenaan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Menurutnya, bagaimanapun polis masih belum menerima laporan bedah siasat itu.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, sepasang suami isteri didakwa bertindak kejam menyembunyikan mayat anak bongsu mereka yang sudah reput di kediaman itu, selama enam hari. Kes dikatakan berpunca akibat niat bunuh diri.
Mangsa yang berusia lima tahun dipercayai mati akibat lemas terhidu bau asap dalam satu daripada beberapa cubaan bunuh diri mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sedang mengesan waris terdekat pasangan tersebut.
Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya memandang serius terhadap nasib abang kepada mangsa.
“Kanak-kanak tersebut kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Pihak kami sedang berusaha mengesan alamat ibu saudaranya melalui kerjasama dari pihak PDRM bagi memastikan keselamatan kanak-kanak ini terpelihara,” katanya.
Katanya lagi, kanak-kanak tersebut dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang mana akta ini membolehkan mereka ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak atau dengan orang yang layak dan sesuai iaitu ibu saudaranya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar