Rabu, 01 Januari 2014
Kalimah Allah Kor Ming Bikin Panas

AHLI PARLIMEN Taiping Nga Kor Ming hari ini dikesan cuba melakukan provokasi kepada umat Islam di Malaysia dengan satu tweet disertakan gambar sebuah gereja di Indonesia.
Menurut Nga, negara Indonesia tidak menghadapi sebarang masalah apabila melakukan perkara itu biarpun ia sebuah negara Islam terbesar di dunia.
Gambar yang ditweet oleh Nga ialah sebuah gereja dengan kata-kata “Allah Itu Kasih” tertera di atas pintu masuk gereja berkenaan.
Tweet itu mengundang kecaman hebatpengguna Facebook yang menyifatkan Nga sengaja menyentuh isu sensitif dalam kalangan umat Islam di negara ini terutamanya dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.
Di Indonesia, sememangya isu agama seperti tidak diambil berat oleh pemerintah di sana menjadikan penyebaran agama Kristian amat berleluasa di Indonesia terutama dalam kalangan umat Islam.
Namun di Malaysia, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah memberi jaminan untuk memelihara akidah umat Islam daripada cuba diselewengkan pihak tertentu, demikian kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan kepada SiakapKeli.com semalam.
Inilah yang pihak dari pembangkang masih gagal untuk faham atau sengaja buat tak faham iaitu, penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang sama sekali dalam negara kita dan juga dalam Islam sendiri.
Penggunaan kalimah Allah dengan cara sebegitu akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam sekaligus akan menggugat akidah dan pegangannya kepada umat Islam.
Negara ini bukan seperti Indonesia yang bebas membenarkan penyebaran agama lain kepada orang Islam, dan mereka perlu faham perkara itu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar