Senin, 16 Desember 2013

Hospital Selayang Cari Waris Loo Faa Kiong


KUALA LUMPUR – Hospital Selayang sedang mengesan waris seorang pesakit yang sedang dirawat di wad hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, pesakit itu dikenali sebagai Loo Faa Kiong.

“Pesakit ini ditemui oleh ramai dalam keadaan merayau-rayau dan dihantar ke Hospital Selayang.

“Dia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam simpanan dimasukkan ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siti Zaleha berkata, Hospital Selayang cuma memperoleh maklumat lelaki itu pernah tinggal di Petaling Jaya.

Justeru, katanya, pihak hospital meminta waris atau mereka yang mengenali pesakit itu tampil memberi maklumat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 03-6126 3333 sambungan 3175.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar